Sunday 19 June 2011

Mesyuarat AJK KSKMMS 2011

Bertempat di : Bilik Mesyuarat, Tingkat 5, Bangunan Annexe Mahkamah Shah Alam
Tarikh : 17 Jun 2011
Jam: 3.00 Petang

Satu Mesyuarat AJK KSKMMS 2011 telah berlangsung pada hari Jumaat lepas bagi membincangkan aktiviti-aktiviti kelab yang bakal diadakan sepanjang tahun 2011 ini.
Berikut adalah cadangan dan perancangan aktiviti kelab bagi tahun 2011 yang bakal diadakan:

1. Kempen menderma darah dijangka diadakan pada 14 Julai 2011 dari jam 10 pagi hingga 4 Petang (tempat akan dimaklumkan )
2. Ceramah agama dan bacaan Yaasin  yang dianjurkan oleh Biro Agama dan Pembangunan Insan (tarikh akan dimaklumkan)
3. Perlawanan Bowling terbuka pada 16 Julai 2011 jam 8.30 pagi di Ole-Ole Shoping Mall Seksyen 18 Shah Alam anjuran Biro Sukan (Maklumat lanjut akan di umumkan nanti)
4. Sukan antara Zon. Antara sukan yang bakal dipertandingkan ialah karom, badminton, futsal lelaki dan perempuan, bola tampar, bola jaring dan Ping Pong. (tarikh akan diumumkan kelak)
5. Hari Keluarga KSKMMS yang akan dibuat di suatu tempat yang pasti menarik....khas untuk ahli-ahli kelab sahaja..(tarikh yang dijangkakan pada 8 Oktober 2011)
6. Jamuan Hari Raya AidilFitri (tarikh akan dimaklumkan)
7. Majlis Makan Malam KSKMMS 2011 dijangka pada bulan Disember 2011.

** Tarikh rasmi bagi semua acara tersebut akan diumumkan kemudian.

Bersama kita menjayakan aktiviti-aktiviti kelab

Salam dari :

Biro Penerangan dan Seranta KSKMMS
 






No comments:

Post a Comment